Tuesday, 1 November 2011

Program Doktor Muda



Program doktor muda merupakan salah satu cara untuk membentuk ,membimbing serta meningkatkan pengetahuan pelajar sekolah dalam penjagaan asas kebersihan dan kesihatan. Meningkatkan kemahiran pelajar sekolah dalam amalan asas kebersihan dan kesihatan.


BILIK DOKTOR MUDA
    Setiap sekolah adalah disarankan untuk mewujudkan Bilik Doktor Muda. Bilik ini akan menjadi pusat kegiatan dan pusat sumber pendidikan kesihatan Doktor Muda. 


          Pendidikan Kesihatan




          Matlamat

          Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid
          meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap
          positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup
          sihat.

          Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid
          meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap
          positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup
          sihat.


          Mata pelajaran Pendidikan Kesihatan menekankan amalan
          gaya hidup yang sihat. Pendekatan yang dicadangkan bagi
          mata pelajaran ini ialah pembelajaran melalui peningkatan
          pengetahuan, pengalaman dan amalan yang meliputi:

          2. Interaksi dengan guru, rakan dan masyarakat
          3.sebagai bukti pembelajaran


          tiga tunjang utama iaitu :

          1. Kesihatan Diri dan Keluarga
          Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan
          diri, keluarga dan masyarakat secara proses
          berterusan.
          Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti,
          kekeluargaan, perkahwinan dan keibubapaan.

          2. Gaya Hidup Sihat
          Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti
          kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah
          laku berisiko secara berterusan.
          Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik,
          pengurusan stres, kemahiran merancang,
          pemakanan, penyalahgunaan bahan dan
          pencegahan penyakit.

          3. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran
          Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan
          kebersihan dan keselamatan persekitaran secara
          berkesan untuk meningkatkan taraf kesihatan.
          Tumpuan diberi kepada pencegahan penyakit
          berjangkit, keselamatan persekitaran dan
          pertolongan cemas.