Tuesday, 8 November 2011

Gigi Bersih dan Sihat

Kepentingan Penjagaan Gigi

Kesihatan yang baik merupakan suatu anugerah yang tidak ternilai. Kita boleh manfaatkan kesihatan ini kepada pelbagai cara, terutama dalam mencari rezeki, melakukan ibadah dan beberapa perkara lain.


Gigi juga merupakan satu elemen yang perlu kita jaga. Gigi yang sihat dan kuat memberi banyak kepentingan kepada kita terutama untuk mengunyah dan menghancurkan makanan. Selain itu juga, gigi yang bersih dan tidak rosak menampilkan imej yang positif untuk individu.
 
Tidak dapat tidak, gigi kita lama - kelamaan akan mengalami kerosakan juga, tetapi kita boleh memanjangkan jangka hayat tersebut sekiranya ia di jaga dengan betul dan rapi. Antara kerosakan gigi yang biasa kita dengar adalah plak dan karang gigi.


Plak gigi ialah suatu lapisan bakteria yang nipis dan melekit serta tiada berwarna. Bakteria yang terdapat dalam plak akan bertindak dengan sisa makanan di dalam mulut, menghasilkan asid yang akan menyerang permukaan gigi dan menyebabkan kereputan gigi. Ia mungkin berpunca daripada pengambilan makanan ringan yang bergula dan kurang pengaliran air liur
 
Karang gigi ialah plak yang telah keras, atau juga dikenali sebagai kalkulus atau tartar. Ia sering terkumpul di bahagian belakang gigi kacip di rahang bawah dan di permukaan luar gigi geraham rahang atas. Jika plak dan karang gigi ini terkumpul dengan tempoh yang lama, ia akan menyebabkan penyakit gusi, pereputan dan nafas berbau
 
 
 
 
 
Jadi, jangalah gigi anda supaya sihat, bersih dan cantik!
 
 
 

Wednesday, 2 November 2011

PEMAKANAN SIHAT UNTUK MURID

Kementerian kesihatan dan kementerian pelajaran telah mengambil langkah untuk menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Kantin Sekolah Sihat yang meliputi larangan menjual minuman berkarbonat berjenama dan minuman bertenaga di kantin atau mesin layan diri di sekolah. Usaha ini dianggap sebagai langkah untuk menggalakkan pemakanan berkhasiat dalam kalangan pelajar.


Kegemukan dan obesiti mempunyai kaitan dengan cara pemakanan. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini, menunjukkan bahawa seorang daripada 4 orang kanak-kanak di negara ini adalah gemuk ataupun obes. Manakala seorang daripada 3 orang remaja adalah berat badan yang berlebihan, dan seorang daripada 6 orang ialah obes. Kajian tersebut dijalankan pada tahun 2002 dan tahun 2008. Penemuan kajian tersebut menunjukkan peningkatan yang ketara dalam bilangan kegemukan dan obesiti dalam kalangan pelajar sekolah. Kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun juga menunjukkan peratus kegemukan dan obesiti lebih daripada 9%


GUNAKAN PIRAMID MAKANAN SEBAGAI GARIS PANDUAN TENTANG PEMAKANAN





CONTOH MAKANAN YANG MENYIHATKAN






BADAN SIHAT MINDA CERDAS
OTAK PINTAR

Tuesday, 1 November 2011

MARI BERSENAM

MARI KITA BERSENAM



1.       Senaman untuk menguatkan otot,tulang dan sendi. Otot yang kuat menghasilkan tonus dan postur seterusnya menghasilakn bentuk badan yang menarik.

2.       Bersenam selama 30minit, tiga atau empat kali seminggu meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan pada jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

3.       Jantung mengepam darah menerusi saluran darah. Ornag gemuk lebih banyak menyimpan lemak yang boleh menyekat saluran darah. Senaman membantu membuang lemak dan mengelakkan saluran darah daripada tersekat.

4.       Senaman memberikan tenaga,membantu mengurangkan stress dan membantu tidur lebih lama.

5.       Menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung.

6.       Mengurangkan paras gula dan lemak.

7.       Mengawal berat badan serta membina stamina.

8.       Menguatkan kelenturan sendi,gerakan badan dan mencegah kecederaan.
 
9. Membuat anda lebih cergas dan bertenaga.
 
 
 













Tiada Aedes Tiada Denggi


AEDES

Nyamuk Aedes merupakan sejenis nyamuk yang biasanya ditemui di kawasan tropika. Namanya diperolehi daripada perkataan Greek aēdēs, yang bererti "tidak menyenangkan", kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi. Ae. albopictus merupakan species yang sering ditemui di Asia. Kakinya berbelang hitam putih. Ae. aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan d...emam kuning.

Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.
TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES
1. Dalam Rumah
1. Akuarium
2. Perangkap semut
3. Pasu Bunga
4. Timba
5. Tempayan
6. Kolam (kolah) mandi
7. Tempat air peti sejuk
2. Luar Rumah
1. Tayar buruk
2. Tempurung kelapa
3. Botol/gelas pecah yang mengandungi air
4. Salur air hujan
5. Tempayan
6. Pokok Pisang
7. Pokok Keladi
8. Longkang yang tersekat
9. Tangki septik (terdedah)


MARI MENGENALI NYAMUK AEDES


















PENCEGAHAN PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

1. Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru
2. Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk
3. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur
4. Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam
5. Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir
6. Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk
7. Peliharalah ikan seperti Ikan Gupi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.
8. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali

Mencuci Tangan

Kepentingan mencuci tangan:

Setiap kali sebelum menjamah makanan adalah dinasihat agar kita sentiasa membasuh tangan terlebih dahulu. Ini kerana terdapat kuman pada permukaan kulit yang boleh menyebabkan kita dijangkiti pelbagai penyakit. Kuman boleh disebarkan melalui tangan yang kotor dan percikan ludah iaitu ketika batuk atau bersin.
Jangan memandang ringan terhadap keperluan untuk membasuh tangan. Membasuh tangan bukan sahaja ketika kita ingin makan, tetapi juga ketika kita memasak, mengemas rumah, selepas melakukan kegiatan di luar rumah seperti beriadah, bersenam, berkebun dan juga bermain. Membasuh tangan juga bukan sekadar membasahi tangan dengan air malah terdapat cara mencuci dengan betul.
Cucilah tangan dengan menggunakan sabun. Jika perlu, cucilah tangan dengan air yang sedikit hangat kerana air hangat dapat membunuh kuman. Cucilah seluruh bahagian tangan seperti celah-celah jari, di bawah kuku hingga ke siku. Kemudian bilas dan keringkan dengan tuala kering yang bersih. Ini merupakan cara termudah agar tubuh badan sentiasa sihat dan cergas, amalkanlah membasuh tangan terlebih dahulu sebelum memasukkan sebarang makanan ke dalam mulut.


AKIBAT JIKA TIDAK MENCUCI TANGAN DENGAN BETUL..........



CIRIT BIRIT

MUNTAH


BILA KITA PERLU MENCUCI TANGAN?


# Sebelum makan atau menyentuh makanan, contohnya ketika membantu memasak atau menyediakan makanan.

# Selepas menggunakan bilik air atau tandas.

# Selepas menggunakan tisu untuk mengelap hidung.

# Selepas menyentuh haiwan.

# Selepas bermain di kawasan luar rumah.

# Selepas melawat orang sakit.

# Selepas balik dari sekolah. Jangan terus menyentuh ahli keluarga atau makanan tanpa membasuh tangan.

APAKAH YANG TERDAPAT PADA TANGAN YANG KOTOR?






LANGKAH-LANGKAH MENCUCI TANGAN



PERTAMA

KEDUA

KETIGA

KEEMPAT

KELIMA

KEENAM

KETUJUH





BAHAYA ROKOK



Rokok adalah sangat merbahaya kepada perokok mahupun orang di sekeliling.






berikut adalah video mengenai bahaya rokok




implikasi rokok kepada seorang perokok tegar



Penerangan mengenai bahaya rokok melalui permainan  interaktif.




Pelbagai kandungan merbahaya di dalam sebatang rokok.



 





Peringatan TAK NAK MEROKOK






Kesihatan Diri

Kesihatan Diri
Asas kesihatan fizikal adalah mengenali bahagian badan, menjaga kebersihan mulut, kesihatan gigi serta menjaga kulit dan rambut.

Mengenali bahagian tubuh badan
  1. kepala
  2. tangan
  3. abdomen
  4. kaki



Kebersihan diri
  1. kebersihan mulut
  2. kebersihan badan termasuk rambut, kulit dan kuku   













Kesihatan gigi
  1. karies gigi
  2. makanan yang berkhasiat untuk kesihatan gigi
  3. makanan rapu yang bolehh merosakkan gigi

 


Penjagaan kulit
  1. cara menjaga kebersihan kulit
  2. elak daripada berkudis
  3. penggunaan sabun mandi, losen dan bedak



Penjagaan rambut
  1. elak daripada kutu dan kelemumur
  2. penggunaan sampu dan minyak rambut
  3. mendandan rambut (kekemasan)