Matlamat
Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid
meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap
positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup
sihat.
Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid
meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap
positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup
sihat.
Mata pelajaran Pendidikan Kesihatan menekankan amalan
gaya hidup yang sihat. Pendekatan yang dicadangkan bagi
mata pelajaran ini ialah pembelajaran melalui peningkatan
pengetahuan, pengalaman dan amalan yang meliputi:
2. Interaksi dengan guru, rakan dan masyarakat
3.sebagai bukti pembelajaran
tiga tunjang utama iaitu :
1. Kesihatan Diri dan Keluarga
Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan
diri, keluarga dan masyarakat secara proses
berterusan.
Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti,
kekeluargaan, perkahwinan dan keibubapaan.
2. Gaya Hidup Sihat
Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti
kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah
laku berisiko secara berterusan.
Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik,
pengurusan stres, kemahiran merancang,
pemakanan, penyalahgunaan bahan dan
pencegahan penyakit.
3. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran
Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan
kebersihan dan keselamatan persekitaran secara
berkesan untuk meningkatkan taraf kesihatan.
Tumpuan diberi kepada pencegahan penyakit
berjangkit, keselamatan persekitaran dan
pertolongan cemas.
No comments:
Post a Comment